Bahasa Jepun

 Hiragana (ひらがな、平仮名) adalah satu cara tulisan bahasa Jepun dan mewakili sebutan sukukata. Pada masa silam, ia juga dikenali sebagai onna de (女手) atau 'tulisan wanita' kerana ia biasa digunakan oleh kaum wanita. Kaum lelaki pada masa itu menulis dengan cara Kanji dan Katakana. Hiragana mula digunakan secara luas pada kurun kesepuluh Masihi.

Kegunaan hiragana adalah untuk menulis akhiran kata (okurigana, 送り仮名), menulis kata keterangan (adverb) dan beberapa kata benda (noun) dan kata sifat (adjektif). Terdapat juga perkataan-perkataan di mana Kanjinya tidak diketahui atau sudah lama pupus memerlukan penggunaan hiragana. Selain itu, untuk menulis bahan kanak-kanak seperti buku teks, animasi dan komik qala.


Katakana adalah salah satu daripada tiga aksara yang lazim untuk menulis bahasa Jepun; bentuk ini biasanya digunakan untuk menulis kata-kata pinjaman bahasa asing yang sudah diserap ke dalam bahasa Jepun (外来語, gairaigo) berbanding aksara hiragana yang lebih untuk kata-kata bahasa Jepun asli dan penanda tasrif memisahkan daripada kanji digunakan dalam kata-kata nama dan kerja.

Katakana juga digunakan sebagai penekanan, untuk mewakili onomatopoeia serta menulis kata-kata bahasa Jepun tertentu, seperti istilah teknis dan ilmiah, dan nama-nama tumbuhan, haiwan dan mineral sebagai suatu gaya penandaan - seperti mana huruf condong digunakan dalam tulisan Rumi. Nama perusahaan Jepun juga sering ditulis dalam katakana.

Ciri khas katakana adalah guratannya yang pendek dan lurus serta memiliki sudut yang tajam. ditandai dengan ringkas, guratan lurus dan bersudut. Ada dua sistem utama pengurutan katakana: urutan iroha yang kuno, dan gojūon yang lebih umum digunakan.


Tulisan Kanji (漢字, "aksara Han") ialah tulisan Cina yang diterapkan langsung dalam menulis bahasa Jepun selain aksara-aksara hiragana dan katakana. Tulisan ini menggunakan cara lama yang sama digunakan untuk menulis bahasa Cina klasik namun adakala dibacakan dengan sebutan dan makna tersendiri berdasarkan kedudukan dan konteks dalam penulisan.





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Budaya Jepun

Latar Belakang Negara Jepun