Hi viewers sekalian, terima kasih sudi meluangkan masa di blog saya, di sini saya berkongsikan serba sedikit info yang menarik di negara Jepun. If lucky one day, me and u guys harap-harap boleh travel ke Japan :) Thanks !!! Hope u guys enjoy. Don't forget to like, share @ comment
Latar Belakang Negara Jepun
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Jepun日本 Nippon/Nihon, nama rasmi:日本国 ialah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun, dan berjiran dengan Republik Rakyat China, Korea dan Rusia. Pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk, dan wilayah paling selatan pula merupakan sekelompok pulau kecil di Laut China Timur iaitu kawasan selatan Okinawa yang berjiran dengan Taiwan, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Jepun terdiri daripada 6,852 pulau yang membentuk gugusan kepulauan. Pulau-pulau utama dari utara ke selatan ialah Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau terbesarnya. Sebahagian besar pulau di Jepun bergunung-ganang, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Gunung tertinggi di Jepun ialah Gunung Fuji yang merupakan sebuah gunung berapi yang pendam. Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang menjadikannya negara ke-10 paling ramai penduduknya di dunia.
Tokyo ialah ibu negara Jepun yang bertaraf "kawasan metropolitan". Tokyo Raya ialah sebutan untuk Tokyo dan beberapa bandaraya lain yang berada di wilayah-wilayah sekelilingnya. Sebagai daerah metropolitan yang terluas di dunia, Tokyo Raya diduduki lebih 30 juta orang. Jepun juga dilengkapi sistem pertahanan yang cukup hebat dengan dilengkapi dengan kecanggihan teknologi seperti AEGIS serta sebuah armada kapal pembinasa yang besar. Dalam perdagangan luar negeri, Jepun merupakan negara pengeksport keempat terbesar dan negara pengimport keenam terbesar di dunia. Sebagai negara maju, penduduk Jepun menikmati taraf hidup yang tinggi dan usia jangka hayat tertinggi di dunia menurut perangkaan PBB. Dalam bidang teknologi, Jepun ialah negara termaju dalam bidang telekomunikasi, kejenteraan dan robotik.
Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu pada abad ke-7 SM. Maharaja Jimmu yang mendirikan sistem pemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah sebenarnya berada di tangan anggota istana, syogun, pihak tentera, dan dalam zaman moden, di tangan perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepun tahun 1947, Jepun ialah sebuah negara raja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja dan Diet Jepun.
Anime (Jepun: アニメ) ialah animasi lukisan tangan dan komputer yang berasal dari Jepun. Istilah anime adalah istilah Jepun untuk animasi, yang merujuk kepada semua bentuk media animasi. Di luar Jepun, anime merujuk secara khusus kepada animasi dari Jepun atau sebagai gaya animasi yang disebarkan oleh Jepun yang sering dicirikan oleh grafik berwarna, watak-watak bersemangat dan tema fantastik. Pendekatan abstrak budaya terhadap makna perkataan mungkin membuka kemungkinan anime dihasilkan di negara selain Jepun. Beberapa orang Barat memandang anime sebagai produk animasi Jepun. Sebilangan sarjana mencadangkan mendefinisikan anime sebagai bahasa Jepun secara spesifik atau tidak lama mungkin berkaitan dengan bentuk baru Orientalisme. Anime adalah bentuk seni yang pelbagai dengan kaedah dan teknik produksi yang tersendiri yang telah disesuaikan dari masa ke masa sebagai tindak balas terhadap teknologi yang muncul. Ia menggabungkan seni grafik, pencirian, sinematografi, dan bentuk teknik ...
Budaya Jepun merangkumi interaksi antara budaya asli Jomon dengan pengaruh dari luar negara yang menyusul. Pada mulanya China dan Korea banyak membawa pengaruh, bermula dengan perkembangan budaya Yayoi sekitar 300 SM. Gabungan tradisi budaya Yunani dan India, mempengaruhi seni dan keagamaan Jepun sejak abad ke-6 Masihi, dilengkapkan dengan pengenalan agama Buddha mazhab Mahayana. Sejak abad ke-16, pengaruh Eropah menonjol, disusuli dengan pengaruh Amerika Syarikat yang mendominasi Jepun setelah akhirnya Perang Dunia II. Jepun turut mengembangkan budaya yang asli dan unik, dalam seni (ikebana, origami, ukiyo-e), kraftangan (anak patung, tembikar, persembahan (boneka bunraku, tarian tradisional, kabuki, noh, raku-go), dan tradisi (permainan Jepun, onsen, sento, majlis teh, kebun Jepun), serta makanan Jepun yang unik sekali. Kini, Jepun merupakan salah sebuah pengeksport budaya pop yang terbesar. Anime, manga, fesyen perfileman, kesusasteraan, permainan video dan muzik Jepun menerima...
Satu penjelesan yang mudah untuk difahami
ReplyDelete