Biodata

 


Hi guys, nama diberi Ahmad Nasrin Hafizi bin Azmi. Dilahirkan di Kelantan namun bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun. Saya dibesarkan di Kuala Lipis, Pahang dan bersekolah rendah dan sekolah menengah juga di Pahang. Saya merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik-beradik.

Pada tahun 2012, saya bersekolah rendah di Sekolah Indera Shahbandar Pahang (Kuala Lipis) yang merupakan sekolah projek khas bagi sekolah rendah di negeri Pahang. Selepas itu, setelah tamat sekolah rendah, saya berazam untuk meneruskan pengajian ke MRSM namun mendapat peluang untuk ke sekolah berasrama penuh. Sewaktu tingkatan 1, saya memilih masuk ke Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah yang bertempat di Raub, Pahang sehingga tamat tingkatan 5.

Setelah tamat persekolahan dan atas nasihat ibu bapa, saya meneruskan pengajian di peringkat universiti dalam bidang Diploma di Universtiti Pendidikan Sultan Idris. Saya memilih bidang sains sukan sewaktu diploma di sana dan alhamdulillah dapat menamatkan pengajian selama 2 tahun dengan pngk yang cukup baik. Sekarang saya masih melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda.

Blog ini merupakan ilham yang saya dapat sewaktu belajar tentang Bahasa Jepun di sekolah menengah dan saya ingin berkongsi serba sedikit info yang menarik tentang negara Jepun.

Comments

  1. Hmmm mesti hebat Bahasa jepun masa sekolah menengah dulu ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Latar Belakang Negara Jepun

Budaya Jepun

Anime